Kelam

Aku meniti hari2 yg kelam.
Ujian dlm rumahtangga kami.
Hari2 yg aku lalu rasa makin suram.
Xde lg gurau.
Xde lg gelak ketawa.
Mana pegi semua tu.
Aku xtau mn silapnya.
Habis zaman katanye.
Aku xpnah setuju.
Semua tu yg buat rasa syg sentiasa segar.
Kalau semua yg dibuat dlu katanya dah habis zaman, mmg xkan sama lg hubungan ni mcm dlu.
Kenapa?
Kenapa hati dia makin keras?
Dingin…kaku..
Anak dlm perut ni anak dia.
Beza. Beza sgt dgn yg pertama.
Bebankah kami?
Atau beban ke aku?
Rasa x diperlukan..rasa busuk..rasa buruk di mata dia.
Zharif walau x selalu,tp hampir setiap hari ada waktu di marah..di lepuk.
Kesian. Anak tu terlalu kecik utk phm.
Setiap hari tggu abah utk main.
Setiap hari tggu abah utk bermanja.
Tp keletihan dan kerisauan rezeki x cukup mengatasi semua.
Allah. Aku xde tempat mengadu selain Engkau.
Bkn x de sesiapa. Tp x mahu aib kami di buka.
Mgkn salah aku x sempurna jaga rumahtangga. Tp hati perempuan x susah di jaga.
Bukan longgokan duit yg aku n zharif mtk. Cuma sikit rasa syg, belaian dr tgn suami n seorang ayah. X susah. X perlu modal satu sen pn.
Kalau la material yg di kejar, duit yg jd sandaran bahagia, gembira..kembalikan kami pd Mu. Jauh sgt tersasar.
Kecil hati..x terkata da keciknya. Tp Allah kata ini ujian dariNya. Sekali sekala empangan da lama bertakung ..ditahan, pecah jgk.
Baby, bertahanlah. Abah bkn mcm itu. Mgkn ada yg mengganggu hati. InsyaAllah. Semuanya akan pulih.
Moga satu hari, kita semua dpt belajar ilmu Allah sama2. Soon.

Advertisements

Check up

Syukur
Alhamdulillah.
Rezeki Allah beri utk kami bertiga setakat ni.
24 feb 2015.
Janin tu da nmpk.
Jantung pun.

Paling x sangka, doc kata sblom ni kantung ada dua.
Ye. Dua.
Hahaha.
Maknanye?
Doc kate chance utk twin.
Tp scan terbaru kantung tggl satu.
Hahaha. Mmg senyum smpi telinga.
Kelakar pun ada.
Kalau dpt, extra rezeki la. Hehe.
Ni pn syukur Alhamdulillah dah.
Moga selamat hingga ke akhirnya.

Amin.

Wordless

Selamat hari lahir !
Hahaha..blh x wish diri sendiri? Anyway, aku rasa bahagia sgt bila syg wish mcm ni. Lillahitaala. Rasa senyum sampai telinga.

Allah.
Kau berikan aku keluarga yg sempurna. Walau aku seorang pendosa.
Satukanlah hati kami sentiasa.
Peliharalah kami. Akhlak kami. Ibadah kami.

Kau kurniakan kami rezeki zuriat pertama yg baik. Yg cerdik. Moga akhlaknya terpelihara selalu. Zharif x byk kerenah. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Kau kurniakan jgk pdku suami yg ringan tgn. Yg penyayang. Bersihkanlah hatiku ya Allah. Murahkan rezeki suamiku. Sihatkan tubuh badannya. Berkati kudratnya. Aku syg dia. Lillahitaala.

Telah kau beri jua zuriat kedua. Tetapi kau tarik semula. Maka redhakanlah hati yg berduka ni ya Allah. Moga terbuka mata utk nmpk hikmahnya. Kadangkala hati ni tewas. Kadangkala airmata ni tumpah. Berilah aku peluang tu semula ya Rabb. Amin.

Masa yg pantas

Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah yg maha pemurah lg maha penyayang.

Fuhhh. X tau mana nak mula. Semuanya berlaku sgt pantas.

Bermula dgn whatsapp shima, aku mula buat test upt. 17 sept 2014. Surprisingly..positif. Perasaan masa tu excited sgt. Tp bercampur baur. Rasa x percaya. Sbb line masih kabur. Ptg aku gi bli clearblue digital. “Pregnant. 2-3 weeks.” Tu yg ada depan mata aku. Senyum. Alhamdulillah.

Aku decide utk tggu seminggu. Jumpa doc utk scan. Maha besar Allah. Yg dah tentukan perjalanan hidup hambaNya. Perjalanan utk jmpe doc sgt berliku. Tggu doc yati, doc cuti smpi raya haji. Yg ada doc lelaki. Doc ppuan kol 5. Dek kerana x sabarnye aku, mtk umi shoot ke Salam. Malangnya doc siti x accept walk in patient n hari tu org ramai. Blk lah aku ke klinik aman. Tp malang sekali lg bila doc ckp x nmpk kantung baby tp rahim menebal. Aku pn blk dgn harapan, dtg lg dua mggu. Currently at 8 weeks.

Sabtu dan Ahad. Di proton. Dua hari yg sgt seronok. Dpt kembali pd minat aku. Mcm mn pun, masih berhati-hati dgn status kandungan dlm perut. Blk ptg Ahad tu, ada stain coklat. Aku senyum. Sbb tu tandanya aku mmg btul pregnant. Sama mcm zharif dlu. Tp senyum tu x lama bila perut mula sakit n ada darah sedikit merah mula keluar. Aku just rehat n baring. Tido.

Subuh 29 sept 2014. Mimpi tu jd nyata. Aku masuk bilik air utk buang air. Tp darah merah segar dah mula menitik. Allah. Semangat mula berkecai. Aku tau. Mgkn si kecil mula bertemu penciptaNya. Airmata gugur. Berkejar gi Salam sbb perut sakit yg amat sgt.

Emergency. Doc buat v.e. pintu rahim x terbuka. Threatened abortion katanya. Mgkn masih berlapik. Aku masih simpan harapan. Keajaiban dr Allah. Doc bwk gi scan. Pertama kalinya aku dpt tgk kantung yg tggu masa utk tergolek keluar. Sebak. Airmata keluar lg. Kali ni xde lg harapan yg tggl.

Wad. Aku masuk bilik air n tukar pad. Selesai semuanya, aku bgn n nk keluar. Bupppp. Segumpal keluar. Terpaksa buka semula n tuka. Aku dpt tgk sndri. Mgkn inilah takdirnya. Aku mtk syg bgtau nurse n dia amik utk cek. “Nampak mcm ketuban” katanya. Sakit pun dah kurang.

Petang. Doc siti scan. ” rahim awak dah kosong. Nak blk x?” Nk mmg nak. Perasaan da mcm rojak. Syukur. Sbb dipermudahkan. Sedih. Sbb xde rezeki lg. Rasa bersalah. Sbb x jaga diri. Moga Allah ampunkan aku. Moga aku x dipersalahkan di sana nanti.

Allah. Telah kau ambil semula janin dlm rahimku. Walau terlalu kecil, walau terlalu muda, ia tetap dalam rahimku. Syg itu tetap ada. Kiranya ini yg terbaik utk kami, moga kami kuat. Moga aku kuat. Amin.

Moga Oktober lebih kuat utk kami.

Speechless

Y speechless? Sbb saat ni adalah saat yg sgt2 membahagiakan. Kewangan x stabil. Sgt tidak stabil. Tp alhamdulillah Allah kurniakan rezeki pd kami sekeluarga dlm bentuk lain. Suami yg da rajin ke surau. Anak yg makin cerdik n pandai bercakap. Allahu akbar. Apa lg yg mampu aku minta dr mu ya Allah.

Zharif.
Mcm2 perkembangan. Setahun 3 bulan dah. Rambut dah dua kali potong kt kedai. ^_^ good boy. Gigi masih 4 batang since 10month-old. Tp dua batang belah atas are on the way. Currently demam lepas balik dr kg tgk baby arissa. Ooo arissa is zharif second cousin. Zharif da pandai mcm2. Mudah di ajar. Rambut, hidung, tepuk tgn, flying kiss..even reaction terkejut pn da tau ^_^ Alhamdulillah. Favourite video dah tuka ke ya hanana instead of ABC/let it go/chicken dance. Semua pun dah x laku. Ya hanana+upin ipin.

Sayang.
Dah banyak berubah. Moga kami istiqamah. Aku suka kehidupan mcm ni. Sederhana. Senang berbual. Boleh bincang mcm2 benda. Xde duit, tp kami gembira. Moga dilapangkan rezeki suamiku ya rabbi. Im falling in love with u, again n again.

Aku?
Masih belajar menjadi isteri n ummi yg baik. Hamba Allah yg berada di jalan nya. Moga dibuka pintu2 hidayah utk aku. Mgkin kena belajar jd seorang yg lebih rajin..kemas rumah..masak…bgn pagi ^_^ n spend more time utk zharif. Haihhh…so many thing to be done yet so lazyyyyy. Time utk tidoq..

Nikmat

Tak terucap byknya nikmat yg Allah bg. Suami yg rajin. Anak yg bijak dan sihat. Hidup sederhana ni byk ajar kami sekeluarga erti sabar. Adakala rasa inferior dtg menjelma. X dpt di elak. Pd Allah je doa dpt aku panjatkan. Moga kasih syg kami sentiasa segar. Moga rezeki kami sentiasa luas. Moga keluarga kami sntiasa bersatu. Moga tuturkata lembut sentiasa. Aku tau. Kdg2 penat bekerja. Kdg2 mcm2 rasa terbuku. Mungkin senyum x terukir. Mungkin sepatah kata x terungkap. Sabarlah wahai hati. Sekali sekala cuma. Dia pn manusia biasa. Allah. Kuatkan hati aku. Kuatkan jasad aku. Kuatkan semangat aku. Moga keluarga kecil ini sentiasa dlm rahmat mu. Moga bahagia milik kami selalu. Allah. Demi Allah. Aku syg suamiku. Walau apa pn keadaannya. Walau masam muka nya. Walau senyum dibibirnya. Walau lembut percakapannya. Walau kasar tuturkatanya. Walau tggi nada nya. Lillahitaala. Moga hati ini sentiasa kuat. Moga zuriat kami jd yg soleh. Jadi yg beriman. Jd yg jauh lebih baik dr kami. Besar harapan ku ya Rahman. Moga dibukakan jalan. Moga diberikan taufik. Moga dikurniakan hidayah. Amin.

Posted from WordPress for Android

Zharif dah besar

Mmhh…ni lah koje nye kalau da x boleh tido. Dah terbiasa gamaknye ari2 tdo lambat. Mmmhhh…lgpun ptg td tdo lama da..sakit kpala pnye pasal.

Anyway…Alhamdulillah. Zharif da berusia sethn sebulan. Cepatnya masa berlalu. Birthday zharif thn ni x sambut sgt pun. Kebetulan bercuti kat tioman. Just bought a cake n snaped some pic. Ok la. Ada la sikit kenangan. Tp gambar still dkt ijal =.=” …. Mmhhh

Satu tahun. Bukan mudah. N bukan susah juga. Zharif x byk ragam. Alhamdulillah. Kecik2 dlu biasa la…tgh adjust2 time tdo. Lama2 dah makin ok. Makan pun x memilih. Allah… Byk sgt nikmat yg Kau bagi pd kami. Alhamdulillah. Cuma badan zharif x leh debab mcm baby2 lain. X kisah lah. Janji dia sihat. Dah xde demam2 lg…tu pun da syukur Alhamdulillah utk umi ngn abah.

Moga zharif membesar jd insan yg luar biasa ilmu agama nya. InsyaAllah umi n abah cuba yg terbaik utk zharif. Jgn jd mcm kami ye. Amin….

Kekuatan

Allah. Bulan yg sgt menguji. Kau kuatkanlah sang hati. Sembuhkan lah zharif. Xde ape yg lebih berharga dari kesihatan utk anugerahMu nan satu itu. Kuatkanlah semangat kami. Moga lapang rezeki kami. Moga kekal ibadah kami. Allah. Hamba kerdil ini rasa tdk kuat. Banyak yg perlu dipikul. Byk yg perlu dikendong. Adakala rasa x tertanggung. Allah Allah. Ampun kan aku. Ini mgkn cara menebus dosa silam ku. Lindungilah kesayangan2 hamba Ya Rabb. Sungguh. Aku syg mereka. Lillahitaala. Kuatkn aku. Pelihara kesihatanku. Agar dpt aku jaga mereka. InsyaAllah. Selagi ada hayat.

Posted from WordPress for Android

Hati

Kadang2, hati jadi rapuh.
Kadang2 hati jadi hiba.
Kadang2 hati jadi sedih.
Kadang2 penat x terucap.
Kadang2 kecil hati x bertempat.

Demi sebuah kasih syg.
Demi anugerah yg di beri.
Demi mereka yg disayangi.
Adakala, kata2 mengguris hati,
adakala, raut wajah mencengkam naluri,
adakala rasa rendah diri,
adakala rasa x dihargai.

Allah.
Hati hambamu berbolak balik.
Jgn la dijauhkan hati2 kami.
Syg ku x pernah berubah.
Harapnya begitu juga yg disana.
Moga lembut pabila berbicara.
Moga berhikmah pabila berbahasa.
Moga kasih sentiasa bersemi.
Moga syg sentiasa dihati.

Allah.
Pelihara la akhlaknya.
Kembalikanlah dia pada jln mu.
Sematkan solat dlm dirinya.
Lembutkan tutur katanya.
Lembutkan hatinya.
Allah. Allah.
Kuatlah wahai hati.
Mungkin persepsi cuma.
Allah. Kuatkan smgt ku.

Posted from WordPress for Android